Posts

Comeback

Image
Gambar: Jambatan Cinta UNIMAS. Cantik bukan?  Assalamualaikum :) Yer, tahu. Dah Mac 2020, sangat lama tidak terusik blog ini sepanjang 2019 oleh kerana terlupa dan di anak tirikan. Semangat menulis ketika itu ialah 0.01. Ya mungkin ada tapi tidak terpost disini kerana itu hanya luahan dan tidak memberi manfaat kepada sesiapa. Jadi Hai Assalamualaikum sekali lagi, Kabare? :) Melihat tajuk di atas, tidak lah Comeback sangat, sekadar menyinggah melihat keadaan blog yang tergantung sepi ini sahaja. Melihat kepada gambar di atas pula :D, haa itu adalah di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sekarang. Alhamdulillah, sekarang saya di Tahun akhir bagi program Kajian Khidmat Sosial. Doakan saya untuk semester yang terakhir ini. :D Ada sedikit untuk dikongsi hari ini di mana mungkin akan dibaca oleh anak cucu pada masa akan datang. Isu yang sangat panas di seluruh dunia pada tahun 2020 iaitu mengenai isu COVID-19. Tapi saya di sini bukanlah hendak bercerita mengenai kes...

Insan

Image
Assalamualaikum :) Alhamdulillah, pada pagi yang tenang ni, dapat meluangkan sedikit masa untuk berceloteh sebentar. Alhamdulillah, diberi masa lagi untuk bernafas tanpa apa halangan. Alhamdulillah, dapat melihat lagi insan-insan yang Allah hadirkan di dunia ini. Alhamdulillah Ya Rabb. . Insan? Insan mengikut definisi ialah makhluk Allah SWT yang paling istimewa kerana diberikan akal serta boleh berfikir, berkehendak dan boleh menerima dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Keadaan inilah yang membezakan antara manusia dengan haiwan. Tujuan yg sebenar untuk menulis tajuk ini adalah mengenai insan yang Allah hadirkan dalam hidup ini. Lain-lain yang datang, lain-lain ragamnya yang mengisi sepanjang kehidupan. Alhamdulillah. Ada yang dapat menerima, ada yang menolak,begitulah kehidupan di dunia ini. Dari pengalaman sepanjang berada di bumi kenyalang ini, sewaktu hingusan datang tanpa tahu apa-apa. Hanya berniat di dada, untuk belajar banggakan mak ayah, mahu impikan kejaya...

Permulaan

Image
Assalamualaikum sebagai pemula bicara yang tidak diduga. Ingin perkenalkan sedikit mengenai diri yang hanya seorang hamba. Alhamdulillah, nama diberi Siti Nur Syazwani Jid Jamal yang asalnya Kedah. Menetap di Bukit Kayu Hitam, tak pernah berpindah. Umur berapa tak perlu lah endah. Tapi sekarang berada di Universiti yang tersegam indah. Alhamdulillah! . Berminat untuk menulis dan mengarang ada daripada dahulu lagi, tapi hanya sedikit yang tak pernah dilatih, tetapi perasaan ingin mencuba itu ada sehingga sekarang dan begitulah terciptanya Secebis Kata ini. Permulaan yang tidak diduga. Permulaan yang dalam kesibukan kerja. Tetapi keinginan yang sangat kuat untuk mencipta ini, terdetiklah hati menekan Sign In. Itu sahaja sebagai permulaan. InsyaAllah, ada meyusul yang akan datang. InsyaAllah. 0817pm (24.10.18)