Comeback
![]() |
| Gambar: Jambatan Cinta UNIMAS. Cantik bukan? |
Assalamualaikum :)
Yer, tahu. Dah Mac 2020, sangat lama tidak terusik blog ini sepanjang 2019 oleh kerana terlupa dan di anak tirikan. Semangat menulis ketika itu ialah 0.01. Ya mungkin ada tapi tidak terpost disini kerana itu hanya luahan dan tidak memberi manfaat kepada sesiapa.
Jadi Hai Assalamualaikum sekali lagi, Kabare? :)
Melihat tajuk di atas, tidak lah Comeback sangat, sekadar menyinggah melihat keadaan blog yang tergantung sepi ini sahaja. Melihat kepada gambar di atas pula :D, haa itu adalah di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sekarang. Alhamdulillah, sekarang saya di Tahun akhir bagi program Kajian Khidmat Sosial. Doakan saya untuk semester yang terakhir ini. :D
Ada sedikit untuk dikongsi hari ini di mana mungkin akan dibaca oleh anak cucu pada masa akan datang. Isu yang sangat panas di seluruh dunia pada tahun 2020 iaitu mengenai isu COVID-19. Tapi saya di sini bukanlah hendak bercerita mengenai keseluruhannya, itu semestinya tidak dan memang sangat tidak layak.
Tapi hanya sedikit penceritaan apa yang berlaku di Malaysia basically. Yang pada mula hanya sedikit sahaja kes yang berlaku. Kes pertama Coronavirus di Malaysia adalah dari 3 warga Cina yang memasuki Malaysia melalui Johor. Boleh rujuk keratan di bawah ^^
![]() |
| Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-pertama-koronavirus-di-malaysia-tiga-warga-china-kini-dirawat-di-hospital-sungai-buloh-228989 |
Seterusnya, kes ini naik mendadak, diserang gelombang yang kedua iaitu daripada ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac yang lalu. Oleh hal yang demikian, ada sesetengah pihak yang menunding jari, menyalahkan ahli jemaah tabligh ini menjadi punca penyebar COVID-19 ini. Tidak gemar untuk mengulas lebih lanjut akan hal tersebut tetapi untuk pengetahuan umum, program tabligh ini sudah lama dilakukan dan mereka tidak berkumpul secara haram.
Bukan hendak menyalahkan sesiapa, tetapi saya ingin mengajak anda semua berfikir, kenapa Allah datangkan secara lebih meluas lagi virus itu di Malaysia daripada kalangan jemaah tabligh. Cuba bayangkan jika virus itu tersebar daripada konsert yang besar atau dalam kelab malam ataupun perhimpunan bebas yang tidak tahu siapa yang akan hadir.
Ijtimak tabligh ini dihadiri daripada kelompok-kelompok mengikut tempat dan diketuai Amir(ketua). Jadi, daripada itu, kita dapat kenal pasti akan kehadiran ahli jemaah ditambah lagi dengan pemakaian mereka yang berkopiah, berjubah. Apa yang saya nak sampaikan di sini, sedarkah kita, adalah rahmat Allah untuk kita, wabak ini terluas dari kelompok mereka.
Tambahan lagi, COVID-19 ini semakin kecoh bukan hanya kerana perhimpunan besar di Masjid Sri Petaling ini sahaja, ada lagi punca lain yang turut menyumbang. Jadi, hentikan lah, stop salahkan jemaah tabligh ini. Jangan babitkan kerja dakwah mereka, jangan menghentam seolah langsung tiada kebaikan pada mereka, jangan samakan mereka hanya kerana kekeliruan sebahagian kecil daripada mereka.
Pandanglah, musibah yang terjadi kepada kelompok mereka adalah juga rahmah disebalik musibah untuk kita semua. (-penulisan dari seorang Dr yang bekerja keras)
Itu sahaja yang saya hendak sampaikan. InsyaAllah, semoga bermanfaat.
Okay, jumpa balik pada tahun 2021! eh haha.
*Kuarantin day 6* #Stayhome #Dudukrumahdiam2
Terima kasih kerana sudi membaca. ^.^
2111pm (23.03.20)
Okay, jumpa balik pada tahun 2021! eh haha.
*Kuarantin day 6* #Stayhome #Dudukrumahdiam2
Terima kasih kerana sudi membaca. ^.^
2111pm (23.03.20)


Comments
Post a Comment