Insan
Assalamualaikum :)
Alhamdulillah, pada pagi yang tenang ni, dapat meluangkan sedikit masa untuk berceloteh sebentar.
Alhamdulillah, diberi masa lagi untuk bernafas tanpa apa halangan.
Alhamdulillah, dapat melihat lagi insan-insan yang Allah hadirkan di dunia ini.
Alhamdulillah Ya Rabb.
.
Insan?
Insan mengikut definisi ialah makhluk Allah SWT yang paling istimewa kerana diberikan akal serta boleh berfikir, berkehendak dan boleh menerima dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Keadaan inilah yang membezakan antara manusia dengan haiwan.
Tujuan yg sebenar untuk menulis tajuk ini adalah mengenai insan yang Allah hadirkan dalam hidup ini. Lain-lain yang datang, lain-lain ragamnya yang mengisi sepanjang kehidupan. Alhamdulillah. Ada yang dapat menerima, ada yang menolak,begitulah kehidupan di dunia ini.
Dari pengalaman sepanjang berada di bumi kenyalang ini, sewaktu hingusan datang tanpa tahu apa-apa. Hanya berniat di dada, untuk belajar banggakan mak ayah, mahu impikan kejayaan di masa depan. Hadir lah insan-insan yang dipilih untuk berada di sisi saat susah dan senang tika jauh dari keluarga nun di utara. Semoga Allah membalas jasa kepada mereka dan memberikan kebaikan serta kesenangan. Amin.
Allah hadirkan insan-insan di sekeliling kita sama ada baik atau buruk itu bersebab. Bersyukur lah kita, bila mana Allah hadirkan insan yang sangat baik di sekeliling kita, yang mengigatkan kita, yang kita bukan hanya berada di dunia semata Kita bukan kekal di sini selamanya. Allah memberi pilihan untuk kita memilih yang mana membawa kepada kebaikan, yang mana Insan yang bila kita melihat mereka, kita akan ingat Allah.
Teringat satu ayat yang dikongsikan sewaktu tazkirah subuh tadi,(Surah A-Furqan:28) - yang mengatakan "Aduhai celakanya aku! Alangkah baiknya jika aku tidak mengambil si polan itu sebagai sahabat karibku". Si Polan disini merujuk kepada syaitan dan pembantu syaitan yang menyesatkan manusia.
Jadi, dalam memilih insan yang baik untuk mengelilingi kehidupan kita juga perlu dalam meniti kehidupan yang sementara ini. Mereka sangatlah memainkan peranan dan tidak pernah jemu dalam mengajak kepada kebaikan. Pilihlah insan yang menyumbang kepada akhirat kita kelak serta jadilah insan yang membawa kepada syurga Allah. Wallahualam
InsyaAllah,
Saya akhiri dengan penulisan ini dengan sedikit penghargaan kepada mana-mana insan yang hadir dalam diri yang serba kurang ini.
Jzkk kepada insan-insan yang hadir dalam kehidupan saya. Hanya Allah dapat membalas jasa antunna. InsyaAllah.
0928am (28.10.18)

Comments
Post a Comment