Permulaan
![]() |
Assalamualaikum sebagai pemula bicara yang tidak diduga.
Ingin perkenalkan sedikit mengenai diri yang hanya seorang hamba.
Alhamdulillah, nama diberi Siti Nur Syazwani Jid Jamal yang asalnya Kedah.
Menetap di Bukit Kayu Hitam, tak pernah berpindah.
Umur berapa tak perlu lah endah.
Tapi sekarang berada di Universiti yang tersegam indah.
Alhamdulillah!
.
Berminat untuk menulis dan mengarang ada daripada dahulu lagi, tapi hanya sedikit yang tak pernah dilatih, tetapi perasaan ingin mencuba itu ada sehingga sekarang dan begitulah terciptanya Secebis Kata ini. Permulaan yang tidak diduga. Permulaan yang dalam kesibukan kerja. Tetapi keinginan yang sangat kuat untuk mencipta ini, terdetiklah hati menekan Sign In.
Itu sahaja sebagai permulaan. InsyaAllah, ada meyusul yang akan datang. InsyaAllah.
0817pm (24.10.18)

Comments
Post a Comment